
Selamat Datang!
Facebook Page : IUB1983
Facebook Pages : Kursus Kontraktor IUB
Youtube
​
Institut Usahawan Bumiputera atau ringkasnya IUB merupakan sebuah syarikat berhad berasaskan jaminan ditubuhkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada 1983 sebagai pelaksana MARA bagi program keusahawanan.
Beroperasi di bangunan Pertama Kompleks Kuala Lumpur, IUB membuka lembaran bagi merealisasikan misi Institut dengan sokongan tenaga kerjanya seramai 14 orang dan barisan ahli lembaga pengarahnya yang dedikasi. Institut bertanggungjawab dalam melaksanakan latihan dan bimbingan keusahawanan selaras dengan matlamatnya bagi melahirkan lebih ramai usahawan dan cerdik pandai Bumiputera.
​
IUB mengendalikan pelbagai aktiviti yang mempunyai kaitan dengan kemajuan usahawan dan pengurusan perniagaan seperti seminar, kursus jangka pendek dan bengkel kerja. Ianya merangkumi peringkat kemahiran asas untuk meningkatkan system, aplikasi dan mutu kerja keusahawanan dan pengurusan perniagaan serta kakitangan sokongan sehingga ke peringkat profesional serta pengurusan tertinggi.
​
![]() | ![]() | ![]() |
---|